BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 30, 2011

DIARI CINTA KITA EP 2

ORIGINALLY CREATED BY PJAAZ DINIE


    Abang..Zana masih ingat lagi saat-saat pertama kita berjumpa. Saat-saat kita menatap wajah masing-masing.Saat-saat kita sama-sama membalas senyuman masing-masing. Saat-saat Mira beritahu Zana ada orang yang nak berkenalan.Zana rasa hampir setiap hari si Mira sampaikan salam abang pada Zana.Mulanya, Zana cuma ingat si Mira cuma bergurau sebab Mira ni orang yang susah nak serius dan suka mengusik orang. Tambah-tambah dengan Zana si kakaknya ni.


    Tapi  bila Mira beritahu Zana yang abang nak berjumpa dengan Zana, Zana mula percaya yang abang ni "wujud".Pada waktu itu, Zana cuma nak tahu siapa abang sahaja, bukannya nak berkenalan dengan abang pun sebab Zana baru saja putus dengan Syuk. Zana ingat lagi, Mira yang bawak Zana jumpa abang. Zana pelik jugak, kenapa Mira bawak Zana pergi dekat court tennis tempat Mira training. Mira cakap orang yang kirim salam pada Zana tu sama-sama training tenis dengan Mira. Zana ingat lagi, Mira tinggalkan Zana sekejap sebab Mira nak training tennis.Mira suruh Zana tunggu ja abang kat tempat duduk berdekatan dengan court tenis tempat Mira training.Geramnya Zana waktu tu sebab Zana rasa Mira main-main ja dengan Zana.Dahla Zana terpaksa tunggu Mira training sampai habis.Dahla Zana memang tak berminat langsung dengan game tenis..Zana rasa nak marah sangat waktu tu. 


    Selesai ja training, Mira terus datang kat Zana dan minta maaf sebab lambat. Zana yang marah sangat waktu tu terus ja berjalan cepat-cepat tanpa toleh belakang. Memang Zana merajuk betul dengan Mira.Memang Zana tak hiraukan langsung dengan panggilan Mira.Tiba-tiba Zana perasan bukan suara Mira saja yang panggil nama Zana. Ada suara lelaki yang panggil nama penuh Zana."Wan NurSyazana!"  Walaupun hanya sekali sahaja Zana dengar nama penuh Zana disebut, tetapi ia sudah cukup untuk membuat Zana menoleh ke belakang.Bila Zana toleh ja ke belakang, memang Zana terkejut sangat lihat muka abang.Tak sangka pulak Zana yang "secret admirer" Zana ni ialah abang, orang yang pernah senyum-senyum dengan Zana.


    Abang senyum-senyum dengan Mira.Selepas itu, cepat-cepat Mira perkenalkan abang kepada Zana.Kata Mira, Zana langsung tak fokus dengan siapa Mira training tenis. Sungguh, Zana memang tak perasan langsung yang abanglah orang yang training tenis dengan Mira tu.Rupa-rupanya memang Mira dan abang dah rancang semua ni.Mira dah memang tau Zana ni memang sangat tak minat dengan tenis, dia tau yang Zana tak akan pernah fokus bila ada game tenis atau apa yang berkaitan dengan tenis, dan dia juga tau Zana akan buat benda lain untuk mengelak daripada terpaksa fokus dengan game tenis.Sebab itulah dia berpakat dengan abang untuk sama-sama pekena Zana, sama-sama buat Zana marah sebab terpaksa tunggu lama.Nakal sungguh korang berdua.

    Lepas ja Mira perkenalkan abang dekat Zana, Mira terus tinggalkan kita berdua.Zana nampak abang malu-malu, abang senyum ja.Abang macam tercari-cari ayat yang sesuai untuk mulakan perbualan dengan Zana.Zana pulak sengaja biarkan abang malu-malu.Zana tatap ja wajah abang waktu tu.Sengaja Zana tatap abang lama-lama,biar abang bertambah malu-malu.Lama-lama Zana gelengkan kepala sambil ketawakan abang."Oh, tadi bukan main berpakat dengan adik saya nak kenakan saya, sekarang ni malu-malula pulak." Zana memulakan perbualan kita.Selepas itu abang sudah tidak malu-malu lagi untuk berbual.Perbualan kita makin lama makin rancak. Waktu itulah abang beritahu Zana yang abang baru saja berpindah kat taman perumahan kita. Rumah abang hanya selang 3 lorong daripada rumah Zana.Abang juga beritahu yang abang nampak Zana kali pertama di kompleks sukan di taman perumahan  kita.Tempat di mana Zana dan kawan-kawan bermain bola keranjang bersama-sama dan tempat abang dan kawan-kawan bermain sepak takraw.Dan selepas itu perbualan kita menjadi makin rancak.Lagak kawan yang sudah lama kenal satu sama lain...
bersambung


**********************************************************

Each morning when I open my eyes I say to myself: I, not even, have the power to make me happy or unhappy today. I can choose which it shall be. Yesterday is dead, tomorrow hasn't arrived yet. I have just one day, today, and I'm going to be happy in it.