BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 30, 2011

DIARI CINTA KITA EP 2

ORIGINALLY CREATED BY PJAAZ DINIE


    Abang..Zana masih ingat lagi saat-saat pertama kita berjumpa. Saat-saat kita menatap wajah masing-masing.Saat-saat kita sama-sama membalas senyuman masing-masing. Saat-saat Mira beritahu Zana ada orang yang nak berkenalan.Zana rasa hampir setiap hari si Mira sampaikan salam abang pada Zana.Mulanya, Zana cuma ingat si Mira cuma bergurau sebab Mira ni orang yang susah nak serius dan suka mengusik orang. Tambah-tambah dengan Zana si kakaknya ni.


    Tapi  bila Mira beritahu Zana yang abang nak berjumpa dengan Zana, Zana mula percaya yang abang ni "wujud".Pada waktu itu, Zana cuma nak tahu siapa abang sahaja, bukannya nak berkenalan dengan abang pun sebab Zana baru saja putus dengan Syuk. Zana ingat lagi, Mira yang bawak Zana jumpa abang. Zana pelik jugak, kenapa Mira bawak Zana pergi dekat court tennis tempat Mira training. Mira cakap orang yang kirim salam pada Zana tu sama-sama training tenis dengan Mira. Zana ingat lagi, Mira tinggalkan Zana sekejap sebab Mira nak training tennis.Mira suruh Zana tunggu ja abang kat tempat duduk berdekatan dengan court tenis tempat Mira training.Geramnya Zana waktu tu sebab Zana rasa Mira main-main ja dengan Zana.Dahla Zana terpaksa tunggu Mira training sampai habis.Dahla Zana memang tak berminat langsung dengan game tenis..Zana rasa nak marah sangat waktu tu. 


    Selesai ja training, Mira terus datang kat Zana dan minta maaf sebab lambat. Zana yang marah sangat waktu tu terus ja berjalan cepat-cepat tanpa toleh belakang. Memang Zana merajuk betul dengan Mira.Memang Zana tak hiraukan langsung dengan panggilan Mira.Tiba-tiba Zana perasan bukan suara Mira saja yang panggil nama Zana. Ada suara lelaki yang panggil nama penuh Zana."Wan NurSyazana!"  Walaupun hanya sekali sahaja Zana dengar nama penuh Zana disebut, tetapi ia sudah cukup untuk membuat Zana menoleh ke belakang.Bila Zana toleh ja ke belakang, memang Zana terkejut sangat lihat muka abang.Tak sangka pulak Zana yang "secret admirer" Zana ni ialah abang, orang yang pernah senyum-senyum dengan Zana.


    Abang senyum-senyum dengan Mira.Selepas itu, cepat-cepat Mira perkenalkan abang kepada Zana.Kata Mira, Zana langsung tak fokus dengan siapa Mira training tenis. Sungguh, Zana memang tak perasan langsung yang abanglah orang yang training tenis dengan Mira tu.Rupa-rupanya memang Mira dan abang dah rancang semua ni.Mira dah memang tau Zana ni memang sangat tak minat dengan tenis, dia tau yang Zana tak akan pernah fokus bila ada game tenis atau apa yang berkaitan dengan tenis, dan dia juga tau Zana akan buat benda lain untuk mengelak daripada terpaksa fokus dengan game tenis.Sebab itulah dia berpakat dengan abang untuk sama-sama pekena Zana, sama-sama buat Zana marah sebab terpaksa tunggu lama.Nakal sungguh korang berdua.

    Lepas ja Mira perkenalkan abang dekat Zana, Mira terus tinggalkan kita berdua.Zana nampak abang malu-malu, abang senyum ja.Abang macam tercari-cari ayat yang sesuai untuk mulakan perbualan dengan Zana.Zana pulak sengaja biarkan abang malu-malu.Zana tatap ja wajah abang waktu tu.Sengaja Zana tatap abang lama-lama,biar abang bertambah malu-malu.Lama-lama Zana gelengkan kepala sambil ketawakan abang."Oh, tadi bukan main berpakat dengan adik saya nak kenakan saya, sekarang ni malu-malula pulak." Zana memulakan perbualan kita.Selepas itu abang sudah tidak malu-malu lagi untuk berbual.Perbualan kita makin lama makin rancak. Waktu itulah abang beritahu Zana yang abang baru saja berpindah kat taman perumahan kita. Rumah abang hanya selang 3 lorong daripada rumah Zana.Abang juga beritahu yang abang nampak Zana kali pertama di kompleks sukan di taman perumahan  kita.Tempat di mana Zana dan kawan-kawan bermain bola keranjang bersama-sama dan tempat abang dan kawan-kawan bermain sepak takraw.Dan selepas itu perbualan kita menjadi makin rancak.Lagak kawan yang sudah lama kenal satu sama lain...
bersambung


**********************************************************

Monday, October 24, 2011

LIDAH

ORIGINALLY CREATED BY PJAAZ DINIE

Lidah..

Kerna lidah manusia hilang nyawa
Kerna lidah manusia bersengketa
Kerna lidah manusia menipu daya
Kerna lidah manusia hilang bahagia
Kerna lidah hidup menderita
Kerna lidah manusia mencipta cerita
Kerna lidah manusia menjadi sahabat iblis durjana
Kerna lidah manusia menagih simpati manusia
Kerna lidah  manusia mudah tergoda

Kerna lidah ada yg dijadikan boneka
Kerna lidah ada yg menjadi bahan gelak tawa
Kerna lidah manusia menagih percaya dari si dungu & si buta
Kerna lidah manusia bisa mencipta alasan berjuta
Kerna lidah manusia disanjung dan dipuja..

Dan..Kerna lidah..Manusia bisa menjadi penghuni neraka


Thursday, October 20, 2011

Diari cinta kita

 Percubaan pertama aku nk wat cita..




Abang,  harini genap seminggu abang pergi. dan genap seminggu juga majlis tahlil untuk abang diadakan..Semua orang kat rumah ni berduka.Tambah-tambah lagi mama,dik ngah dan adik2 abang yang lain.Td mama tak makan pon waktu kenduri tahlil, mama cakap dia pening. Bila tengokkan keadaan Mama yg tak berapa sihat, Zana,Dikngah & adik2 abg yg lain jadi risau . Sesudah tahlil kami terus bawak Mama pegi jumpa Dr Fadhil, doktor panel family abg. Lepas dia cek Mama dia cuma ckp kat kitorang jaga Mama elok2, dia cuma tertekan sikit dan Mama cuma perlukan masa utk dia benar2 kuat utk hadapi kenyataan yg anak lelaki sulungnya dah takde. Pada mulanya Zana cuma senyum dan janji dgn Dr Fadhil yg Zana akan jaga Mama dgn elok, tapi ayat terakhir Dr Fadhil yg buatkan Zana rasa sebak..cukup sebak.Namun Zana tahan air mata ni supaya tak menitis. Zana tak mahu Mama nampak Zana lemah." Zana, uncle tau Zana pun sebenarnya belum cukup kuat kan..tapi please ya.Please be strong for you yourself and for Mama & adik2 lain." Itu ayat terakhir Dr Fadhil.Sungguh, Zana terkesan dgn ayat Uncle Fadhil.Dalam cuba utk menahan sebak,Zana cuba papah Mama keluar.Tiba-tiba.Zana jatuh.Zana jatuh di situ.Mujur ada DikNgah & adik2 lain yg nampak kami. Diorang cepat2 pegang Zana & Mama.Maafkan Zana abang, Zana masih lemah!
~~~~~~~~~~


Tadi, pukul 3 suku pagi, lepas Zana solat tahajud Mama masuk bilik. Mama tahu waktu2 macam ni Zana belum tidur lagi. Mama tahu waktu2 macamnila waktu2 yg sesuai utk Zana mohon kekuatan pd Dia.Mohon secebis kesabaran dan mohon supaya bertambah dekat dgn Dia di saat ujian ditimpakan.Zana tahu Mama pun sebenarnya juga bertahajud.Meminta supaya diberi kekuatan untuk menempuh hidup tanpa anak sulung harapannya.Meminta kekuatan supaya dapat benar-benar menerima hakikat bahawa selepas ini tiada lagi kata-kata sokongan yang kuat daripada anak sulungnya tatkala berhadapan dengan masalah, tiada lagi suara usikan anak sulungnya.


Mama cakap dia tak boleh tido.Mujurlah waktu  tu Zana pun tak ngantuk, jadi  Zana pn duduk bersembang dgn mama.Sedang asyk bersembang, tetiba mama menangis.Sungguh-sungguh mama menangis kat bahu Zana.Rupa-rupanya mama tak dapat tido lepas mimpikan abang.Mama cakap mama nmpak abang datang dkt mama & Zana.Abang salam & cium tangan mama.Lepastu mama peluk abang erat-erat.Kemudian, abang datang dekat Zana & cium dahi Zana.Abang pegang tangan mama & Zana & satukan tangan kami.Lepastu abang pegi tinggalkan kami macamtu saja tanpa cakap apa-apa.Abang, Zana hairan sgt, dah ramai yg cakap diorang mimpikan abang, tapi Zana tak penah lg mimpikan abang sejak abang takda.Mungkin Allah takmau Zana terlalu rindu dgn abang sangat kot.Mungkin Allah nak Zana bersiap sedia utk kuat.Tapi abang, Zana tak boleh tipu diri Zana sekarang yg Zana sgt rindukan abang.Abang, lepas mama ceritakan mimpi dia, mama cakap mama terlalu sayang Zana macam anak sendiri.Mama suruh Zana janji lepas ni walaupun Zana dh kawin lain, mama harap Zana tak lupakan keluarga abang.Menangis Zana bila mama suruh jnji camtu sbb Zana belum lg terpikir nk cr pengganti abang.Memang Zana mengaku,  sebelum abang pegi, Zana dh jnji kt abang yg Zana akan bina hidup Zana, cr pengganti yg boleh bahagiakan Zana, tp buat masa sekarang Zana taknak pikir pasal pengganti lg.Taknak!Zana cuma nak luangkan masa untuk ingat kembali kenangan yang kita bina bersama

bersambung...idea dh habih



Camera Roll Action!

ORIGINALLY CREATED BY PJAAZ DINIE



I act like I never care you coz u seem too busy taking care of my friend




I act like I never interested to listen to your story coz I notice you started to have some interest on her




and....


















I act like I never love you coz I can feel that you started to fall for her..




How pathetic am I for being a good actress..




I am sorry for being like this...




AM DREAMING IF LOVE STORY  (TAYLOR SWIFT) IS OUR SONG
                  p/s: u know where does this pic is taken?


Each morning when I open my eyes I say to myself: I, not even, have the power to make me happy or unhappy today. I can choose which it shall be. Yesterday is dead, tomorrow hasn't arrived yet. I have just one day, today, and I'm going to be happy in it.